‘try and error’

ALOR SETAR: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu memastikan semua pemainnya mendapat peluang terbaik beraksi dalam enam perlawanan pra musim diatur Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bermula 4 hingga 14 Januari ini. 

Ia sebagai persiapan penting skuad Lang Merah yang akan memulakan cabaran bertemu kelab Hong Kong, Tai Po FC dalam laluan ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula 21 Januari ini. 

“Dalam persiapan ini kita akan memberi peluang kepada semua pemain membukitkan keupayaan mereka seperti mana kita lihat ketika aksi bertemu Kelantan dengan kita tidak hanya meletakkan kesebelasan utama dalam perlawanan.

“Begitu juga perlawanan seterusnya kita akan menggabungkan kombinasi berbeza dengan apa yang diturunkan ketika men3ntang Kelantan semalam.

“Kita perlu melakukan ‘try and error’ bagi mendapatkan keserasian terbaik antara kombinasi yang ada dan ini akan membuka peluang kepada semua pemain mempamerkan keupayaan beraksi secara berkumpulan,” katanya.

Kedah akan memulakan aksi pra musim 2020 di Kemboja dengan menentang kelab Visakha FC pada 8 Januari di Stadium National Olympic Cambodia diikuti kelab Naga World FC dan Boeung Ket FC masing-masing pada 9 dan 10 Januari. 

Dua lagi aksi sebelum skuad Lang Merah pulang ke Malaysia adalah bertemu Angkor Tiger Football Club dan Phnom Penh Crown FC pada 12 dan 14 Januari di Stadium Smart RSN Phnom Penh.