Terima kasih kepada peminat kerana menyokong kami – De Paula

Walaupun penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan dikritik hebat, Guilherme De Paula tetap menegaskan betapa dia bangga mewakili skuad Harimau Malaya sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menerusi ciapan pada akaun Instagram miliknya, pemain naturalisasi ketiga negara itu menganggap seluruh pasukan wajar mendapat ucapan tahniah atas usaha keras mereka sepanjang 30 hari tugasan dalam kempen kelayakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan Presiden (Persatuan Bolasepak Malaysia) atas usaha dan dedikasi yang anda berikan dengan kerja keras selama 30 hari.

Anda adalah bukti bahawa anda berada di landasan yang betul dan kejayaan dicapai melalui bakat, tekad dan kerja keras. Anda semua menyumbang kepada kelancaran pasukan kebangsaan Malaysia. Ia membolehkan projek dilaksanakan.

“Semua orang wajar menerima ucapan tahniah atas kerja keras, semangat kerjasama dan peng0rbanan yang ada dalam pasukan kebangsaan Malaysia. Terima kasih kepada peminat kerana anda benar-benar menyokong (pasukan),” katanya.

De Paula yang tampil buat kali pertama bersama skuad Harimau Malaya pada kempen kelayakan menerima kritikan hebat susulan prestasi kurang menyerlah terutama ketika berdepan UAE, awal bulan ini.