Matthew Davies mengesahkan

Matthew Davies meng3sahkan beliau kekal bersama skuad tok gajah musim depan sekaligus menaf!kan khabar angin yang menga!tkannya dengan pasukan Terengganu FC.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Davies melalui satu muat naik di laman instagram miliknya hari ini.

“Saya ingin mengesahkan sekali lagi, saya masih bermain bersama Pahang untuk musim 2020. Kini dalam perjalanan ke Kuantan dan tidak sabar memulakan musim baharu,” tulisnya.

Pemain berd4rah kacvkan Australia dan Malaysia itu telah ber4ksi bersama skuad Tok Gajah sejak tahun 2015 dan sentiasa dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Keputvsannya untuk menyertai pasukan Pahang dibuat selepas mendapatkan nasihat dari bekas pemain import skuad Tok Gajah dari Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Davidson dan Anthony Milicic.

Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Sepanjang bersama Pahang, Davies telah meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2018 dan meraih gelaran naib juara Liga Super sebanyak dua kali pada tahun 2017 dan 2019.