‘Jangan kacau budak AMD’

KUALA LUMPUR: “Janganlah kacau pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan tunggu sampai mereka tamat belajar!”

Itu permintaan Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir selepas legenda bola sepak negara itu mendedahkan wujudnya ‘g@ngguan’ ke atas pelatih akademi elit itu sehingga dipercayai menjejaskan fokus dan prestasi mereka.

Jamal berkata, pelatih daripada AMD ‘dig@nggu’ pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) dan lebih membvrukkan keadaan, mereka turut mempengaruhi ibu bapa pemain untuk menerima tawaran yang diberikan.

Inilah realitinya yang berlaku di AMD di mana ada pasukan cuba menawarkan kontrak ketika pelatih masih belajar. Kita memang mahu pasukan profesional mengambil pelatih ini tetapi biarlah mereka habis pengajian dan bergraduasi dulu.

Cuba bayangkan, perkara seperti ini dapat menjejaskan perkembangan pemain di mana ada pemain yang mula menjadi malas kerana mereka mengganggap sudah ada pasukan selepas keluar nanti sehingga jurulatih tidak boleh buat apa apa.

“Kita tidak mahu anasir sebegini mer0sakkan pemain. Jika tidak, apa yang kita lakukan ini akan dianggap sebagai gagal,” katanya.

Bagaimanapun, Jamal mengakui ibu bapa tidak seharusnya dipersalahkan dalam isu ini memandangkan mereka sudah tentu mahukan masa depan yang terbaik untuk anak mereka yang menyertai Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

“Kalau ada orang yang datang menghulurkan puluhan ribu, pasti kita kelabu mata. Malah, kita pun tidak boleh menghalang perkara sebegini daripada berlaku.

“Cuma, apa yang kita boleh lakukan adalah mendidik ibu bapa supaya faham dan dapat memberi ruang serta peluang kepada kita untuk membentuk anak mereka menjadi pemain yang lebih baik.

“Dengan tugas saya sebagai pemantau di AMD, saya akan memantau apa sahaja yang berlaku di AMD dan melaporkannya kepada FAM. Kalau boleh, kita mahu perbaiki apa sahaja kelemahan yang ada,” katanya.