Hadiah Perpisahan Bergson

Adakah jaringan Bergson da Silva ketika membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) membenam Penang FC (PFC) 3-0 pada aksi minggu lalu menjadi ‘hadiah perpisahan’ daripada pemain terbabit?

Ini kerana pengg3mpur dari Brazil itu hanya dipinjamkan selama empat bulan daripada Fortaleza dan tempoh pinjamannya bersama JDT akan berakhir penghujung bulan depan.

Justeru, timbul tanda tanya mengenai status Bergson bersama skuad JDT itu sama ada kelibatnya akan terus ditagih ataupun tidak selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya akan bersambung Julai nanti.

Bagaimanapun, pengendali JDT, Benjamin Mora memberi bayangan betapa dia mahu terus menggunakan khidmat striker berusia 30 tahun itu selepas prestasi memukaunya berjaya membantu JDT untuk terus kekal di persada liga.

Bergson adalah penjaring terbanyak JDT dan sentiasa menjaringkan gol dalam hampir setiap perlawanan. Sebagai jurulatih, amat penting kepada saya untuk memiliki pemain seperti ini.

Tetapi keputusan terserah di tangan pengurusan dan juga bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim). Beliau yang akan menentukan apa yang perlu dibuat dalam situasi ini.

“Cuma kami memerlukan Bergson dan dia adalah aset yang sangat bagus kepada jurulatih dan pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, Bergson diikat pada saat akhir bagi menggantikan Jonathan Herrera yang dipinjamkan ke pasukan yang beraksi dalam Liga Argentina, Independiente.

Percaturan JDT mendapatkan khidmat bekas pemain Gremio itu jelas satu keputusan yang tepat apabila Bergson mel3dak 11 gol sekali gus muncul sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Super setakat ini.