Zulfahmi Arifin Kembali

Meskipun pernah menikmati karier kurang member4ngsangkan di Thailand, Muhammad Zulfahmi Mohd Arifin terus mendapat perhatian kelab Toyota Thai League 1 apabila beliau baharu sahaja melengkapkan perpindahannya ke Suphanburi FC.

Pemain yang mampu beraksi di posisi tengah serta pertahanan kiri kelahiran Singapura itu pernah menyarung jersi Chonburi FC pada musim 2018, tetapi akibat kekurangan minit perlawanan memaksa beliau kembali ke kelab lamanya di Liga Singapura, Hougang United.

Menurut sumber The Newpaper, Zulfahmi telah memeterai perjanjian selama semusim untuk bersama kelab yang menamatkan saingan liga musim 2019 ditangga ke-14 itu.

”Ini merupakan keputusan yang sukar, tetapi saya perlu berterima kasih kepada pengerusi (Bill Ng) dan jurulatih, Clement (Teo) serta rakan sepasukan.”

”Ia terjadi buat kali kedua apabila saya meningg4lkan pasukan [Hougang United] untuk ke Liga Thailand tetapi mereka sentiasa menyokong dan saya sangat berterima kasih,” ujar Zulfahmi mengulas mengenai pemergiannya itu.

Penampilan semula Zulfahmi di Thailand itu menyaksikan empat pemain Singapura akan beraksi dalam dalam kancah Toyota Thai League 1 2020 yang akan bermula pada 14 Februari nanti.

sumber: semuanyabola

Selain Zulfahmi, Iwan Mahbud akan mengemudi gawang Trat FC, Baihakki Khaizan pula bakal mengepalai jentera pert4hanan PT Prachuap FC manakala Irfan Fandi bertindak selaku sandaran bahagian ser4ngan BG Pathum United.

Terdahulu, Suphanburi FC turut mengisi kuota pemain Asia Tenggara (ASEAN) dengan merekrut pemain sayap lincah yang pernah beraksi untuk Melaka United pada musim ini iaitu Patrick Reichelt.

Untuk makluman, Toyota Thai League 1 membenarkan pengambilan tujuh orang pemain import yang menyaksikan tiga kuota bebas, seorang pemain dari Asia serta tiga kuota pemain ASEAN.