Zinedine Zidane Kem@langan

MADRID: Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane terbabit kem@langan kecil dalam perjalanan ke tempat latihan.

Legenda bola sepak Perancis itu digambarkan sebagai “amat baik dan peramah” oleh pemandu kenderaan yang dilangg@rnya, Ignacio Fernandez.

Fernandez, 44, berkata: “Sekitar 9.30 pagi berhampiran Valdebebas, saya sedang memasuki bulatan dan menekan brek dengan mengejut, tiba-tiba belakang kereta saya dilanggar.

“Saya berhenti dan saya lihat sebuah kereta memecut memintas saya. Saya fikir dia cuba lari tetapi dia kemudiannya memberhentikan kereta. Apabila keluar saya lihat orang itu adalah Zidane.

“Saya lega kerana saya tahu dia pasti mampu membayar untuk insurans. Saya meminta maaf kerana membrek secara mengejut, dan dia juga meminta maaf kerana h!lang tumpuan.”

Mereka kemudian bertukar butiran peribadi dan mengambil gambar insiden berkenaan. 

Fernandez turut meminta untuk bergambar dengan Zidane sebagai bukti kepada rakan-rakannya. – AGENSI