Yusri dedah pemain Red Warriors

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah mengakui pemain Red Warriors masih belum cergas sepenuhnya untuk menghadapi saingan Liga Malaysia khususnya Liga Perdana musim hadapan.

Yusri berkata perkara itu dikesan menerusi perlawanan persahabatan pertama menentang Terengganu Jumaat lalu walaupun pemainnya sudah menjalani latihan selama enam minggu.

BACA : Kemana Hilangnya Nurul Azwan Roya (Awe) ?

“Rata-rata pemain belum cergas dan perkara ini memberi kegusaran kepada saya untuk melakukan persiapan lain, bagi membentuk satu pasukan yang jitu bagi menghadapi saingan liga musim hadapan.

BACA : Apa Dah Jadi Kepada Beliau ?

“Walaupun masih tinggal dua bulan lagi untuk melakukan persiapan, namun aspek kecergasan amat penting untuk dititikberatkan oleh mana-mana pasukan, bagi menilai kemampuan pemain yang dimiliki,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam baki masa yang ada sebelum sepak mula bermula Februari, pemain perlu mengatasi perkara itu dengan mencari inisiatif sendiri, selain latihan yang dilakukan bersama pasukan.

“Kecergasan ini penting, kerana walaupun pasukan mempunyai pemain yang bagus namun jika tahap kecergasan tidak memuaskan, ia akan memberi kesan yang lebih besar kepada pasukan pada setiap perlawanan,” katanya.

Katanya dalam tempoh pra-musim ini juga peminat akan mula melakukan pelbagai penilaian terhadap pemain, terutama mereka hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan persahabatan.

“Peminat boleh menilai prestasi pemain berdasarkan pemerhatian mereka, namun kami akan menilai peningkatan pemain dari semasa ke semasa membabitkan kecergasan, keserasian, kelemahan serta kelebihan pasukan.

“Kami tidak boleh memuaskan hati semua orang, namun persediaan kami juga bergantung kepada kemampuan pasukan sama seperti mendapatkan pemain import, latihan dan perlawanan persahabatan,” katanya. – BERNAMA