Wan Kuzri Enggan Layan

Pemain skuad B-19 tahun negara, Wan Kuzri Wan Kamal enggan berasa tert3kan sebaliknya fokus untuk membantu pasukan negara menjelang aksi AFC B-19 Tahun yang dijadualkan bermula pada Oktober ini.

Pasukan bimbingan Brad Maloney sekali te was besar kali ini dengan keputusan 4-0 ketika berdepan Selangor 2 dan perkara ini sedikit-sebanyak membangkitkan ker!sauan penyokong.

Kuzri merupakan salah seorang pemain yang diletakkan harapan besar kerana beliau beraksi bersama Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat.

“Memang ada jangkaan tinggi dan sudah tentu ia boleh dilihat sebagai memberi teka nan kepada saya.

“Tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenainya kerana kalau ia sering difikirkan, perkara itu akan sentiasa berlegar dalam kepala saya.

“Fokus saya untuk membantu pasukan dan sebab itulah saya berada di sini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada masa yang sama, pengendali pasukan, Brad Maloney menyatakan beliau sudah menjangka aksi menentang Selangor 2 akan memberikan cabaran su kar bagi pemainnya.

Beliau menganggap keka lahan kepada anak-anak buah Michael Feichtenbeiner sebagai pengajaran berguna bagi para pemain.