Wan Kuzri Dah Dapat Lampu Hijau

Seperti yang dilaporkan semalam, adik kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kuzri seperti sudah menerima lampu hijau untuk menyertai skuad bawah 19 tahun Malaysia apabila bapanya Wan Kamal memberikan pengesahan mengenai perkara itu.

Wan Kuzri yang beraksi bersama kelab St Louis FC dalam saingan USL Championship di Amerika Syarikat dijangka akan memberikan tonik tambahan untuk skuad Malaysia B19 itu untuk mencapai sasaran layak ke saingan Piala Dunia B20 yang akan diadakan pada 2021 nanti.

Dalam pusingan akhir itu, sebanyak 16 buah pasukan akan berentap untuk merebut 4 tempat ke saingan Piala Dunia B20 2021 yang akan dilangsungkan di Indonesia.

Malaysia kini berada dalam balang 3 undian bersama-sama Vietnam, Kemboja dan Iraq. Berikut adalah senarai penuh balang undian peringkat kumpulan kejohanan AFC B19 2020.

Balang 1:

Uzbekistan (tuan rumah), Arab Saudi, Korea Selatan ,Qatar

Balang 2:

Jepun, Tajikistan, Australia, Indonesia

Balang 3:

Malaysia, Iraq, Vietnam, Kemboja

Balang 4:

Iran, Yemen, Bahrain, Laos

Skuad Malaysia B-19 yang muncul sebagai juara kumpulan G kelayakan AFC B-19 pada bulan November tahun lepas diletakkan dalam balang tiga undian AFC B-19 bersama Vietnam, Iraq dan Kemboja.

Ini juga merupakan penampilan yang ke 24 Malaysia dalam kejohanan AFC B-19 dan mempunyai rekod sebagai naib juara pada tahun 1959, 1960 dan 1968.