Vietnam ke separuh akhir

Vietnam meneruskan rekod kemenangan bersih dalam empat perlawanan walaupun terpaksa menunggu jaringan minit akhir untuk menewaskan Singapura 1-0 dalam aksi bola sepak lelaki Sukan SEA Filipina di Stadium Memorial Rizal, sebentar tadi.

Setelah Nguyen Hoang Duc menyvmbat gol dalam waktu keced3raan sewaktu men3waskan Indonesia 2-1 dalam aksi sebelum ini, kali ini giliran Ha Duc Chinch yang menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-85 bagi membolehkan skuad kendalian Park Hang-seo itu mencipta kemenangan tipis.

Aksi berh@ti-h@ti ditampilkan Vietnam dan Singapura bimbingan Fandi Ahmad itu tetapi anak buah Hang-seo itu lebih mengvasai perlawanan walaupun ga gal menghasilkan sebarang gol sehingga permainan menuju penamat.

Jaringan kemenangan hadir hasil sepakan sudut Doan Van Hau — yang terlepas beberapa peluang sebelum itu — untuk Duc Chinh menanduk bola masuk melepasi Zharfan Rohaizad.

Kemenangan itu memberikan mata ke-12 daripada empat perlawanan buat The Golden Dragons tatkala mereka mengungguli Kumpulan B sambil Singapura ters!ngkir susulan kek@lahan ketiga yang di@lami.

Sementara itu, dalam aksi berasingan, Indonesia memb3lasah Brunei Darussalam 8-0 di Stadium Bolasepak Binan untuk merakamkan kemenangan ketiga dalam kejohanan serta memintas Thailand di tempat kedua.

Osvaldo Haay membuka tirai jaringan buat skuad Garuda Muda itu pada minit ke-10 sebelum pemain Lechia Gdansk, Egy Maulana Vikri, menggandakan kelebihan buat anak buah Indra Sjafri itu pada minit ke-39.

Penyerang Persebaya Surabaya, Osvaldo, menghasilkan gol ketiga peribadi dalam kejohanan sebelum rehat untuk memberikan pendahuluan 3-0 buat Indonesia. Babak kedua menyaksikan Indonesia terus mengganas dengan lima lagi jaringan.

Bangkit daripada kekalahan 2-1 di tangan Vietnam, Indonesia kini berkongsi mata dengan Thailand tetapi menduduki tangga kedua menerusi kelebihan jaringan tatkala saingan berbaki satu perlawanan.

Indonesia akan berdepan Laos manakala Thailand dan Vietnam bakal melakukan perhitungan dalam aksi terakhir, Khamis ini.

Indonesia hanya perlu men3waskan The Laotians untuk memastikan tiket ke separuh akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published.