Vietnam bukan ‘biase-biase’

Ketiadaan Evan itu mengak!batkan jent3ra tengah Indonesia agak teng3lam kerana tiada seorang pemain tengah Indonesia yang berjaya memainkan peranan sebagaimana Evan yang kreatif dan mampu melakukan pelbagai corak ser4ngan serta hantaran-hantaran pemvsnah.

Peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh anak-anak didik Park Hang-seo itu untuk mencorak ser4ngan secara tersusun walaupun pada awal permainan, Indonesia berjaya mengawal permainan. Dengan pengalaman dimiliki Do Hung Dong dan Nguyen Hoang Duc, akhirnya Vietnam mendahului melalui jaringan tadungan Doan Van Hau daripada sepakan percuma yang diambil Nguyen Thanh Chung sehingga tamat separuh masa pertama.

Indonesia cuba bangkit dalam separuh masa kedua untuk mencari jaringan penyamaan namun anak-anak didik Indra Sjafri masih tidak mampu men3mbusi bent3ng Vietnam yang dikemudi Huynh Tan Sinh. Dengan kemasukan Egy Maulana oleh Indra Sjafri untuk bergandingan bersama Saddil Ramdani dan Osvaldo Haay di bahagian ser3ngan, ia masih lagi tidak berjaya.

Ketenangan dan pemahaman taktikal pemain-pemain Vietnam itu memberi kelebihan serta keku4tan kepada  mereka untuk terus meng3kang Indonesia. 

Dalam kegha!rahan Indonesia meny3rang, Vietnam mengambil kesempatan dengan ser4ngan balas yang dilakukan dan akhirnya mendapatkan jaringan ke dua melalui Do Hung Dong. 

Jaringan itu terus memberi kekuatan kepada Vietnam untuk terus men3kan Indonesia dan sekali lagi, pemain-pemain Vietnam mengunakan kelebihan ketinggian fizikal mereka untuk mendapatkan jaringan ke tiga sekali lagi melalui Van Hau daripada sepakan percuma. 

Dua gol jaringan Van Hau itu telah menjulang Vietnam mengutip pingat emas buat kali pertama dalam temasya Sukan SEA.