Video KV Kortrijk Ini Dedahkan Luqman Hakim

Sebentar tadi melalui akaun Twitter rasmi KV Kortrijk, sebuah video telah dimuat naik dan yang paling mengujakan adalah ia mendedahkan bahawa peny3rang muda negara, Luqman Hakim bakal menyarung jersi no.9 bersama kelab itu.

Ciapan itu sebenarnya satu ‘contest’ untuk mencari pemenang yang akan menerima hadiah sehelai jersi KV Kortrijk siap dengan nama dan nombor yang akan dipakai oleh Luqman Hakim.

Video ini dilihat seperti KV Kortrijk memberikan pengesahan rasmi bahawa Luqman Hakim akan menyarung jersi no.9 kelab itu, walaupun pada dasarnya ada yang merasakan ia amat ‘berat untuk dibawa’.

Dari beberapa reaksi dilaman Twitter terutamanya, ramai peminat yang sudah mula teruja dengan video diatas apabila menyaksikan nama LUQMAN 9 dicetak diatas jersi KV Kortrijk dan ia memberikan isyarat jelas, ini yang dinantikan oleh ramai peminat bola sepak Malaysia.

Bagaimanapun, bukanlah tugas kita untuk membuat andaian terhadap Luqman Hakim dan apa yang lebih penting sokongan untuk beliau beraksi dengan cemerlang dan pulang menggalas tugas bersama skuad kebangsaan untuk mencipta gemilang yang kita nantikan.

Jalan terus, kita langgar je!