Velizar Popov memperkecil kemampuan Malaysia

Selepas memperoleh empat mata daripada dua perlawanan, ketua jurulatih skuad B-22 Myanmar, Velizar Popov, sudah mula berasa selesa dan memperkecil-kecilkan kemampuan Malaysia untuk menewaskan Filipina dalam perlawanan Kumpulan A, Sukan SEA Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila malam esok.

Selepas menewaskan pasukan tuan rumah itu 2-1 semalam, jurulatih itu berasakan Malaysia perlu berusaha lebih keras untuk menyaingi kelebihan fizikal skuad kendalian Goran Milojevic berkenaan.

“Filipina juga pasukan yang menarik.

“Mereka bermain dengan amat baik dan tersusun.

“Mereka mempunyai pemain yang hebat, pemain di tahap berbeza dan saya menggemari pemain seperti itu.

“Mereka boleh menewaskan mana-mana pasukan.

“Jika anda (Malaysia) tidak menumpukan perhatian dan memberikan mereka ruang untuk melakukan serangan balas dan gerakan set piece, mereka amat berb@haya.

“Kerana mereka memiliki (pemain dengan) fizikal yang amat kuat dan tinggi,” katanya.

Ketua jurulatih skuad negara, Datuk Ong Kim Swee, meny3lar kenyataan Popov itu yang dikatakan hanya mahu meraih publ!siti selain 3nggan permainan psik0logi itu mengg@nggu tumpuan anak buahnya.

“Saya fikir ia satu (mainan) psik0logi daripada Popov kerana kita tahu dia memang suka bercakap.

“Dia sukakan publ!siti, jadi biarlah.

“Kita tidak harus memikirkan tentangnya kerana mereka sudah mendapatkan empat mata dan berada di posisi yang cukup selesa.

“Yang penting, kami perlu melalui setiap perl@wanan dengan cara permainan tersendiri tanpa memikirkan apa yang dikatakan sesiapa,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.