Usaha membawa pulang Syafiq Ahmad tidak sia-sia

Peny3rang kebangsaan, Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) bagi musim 2022.

Perkembangan itu diumumkan skuad Lang Merah menerusi satu kenyataan, hari ini

Perpindahan peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman selama setahun itu turut mendapat restu pemilik pasukan skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Usaha membawa pulang Syafiq Ahmad ke pangkuan KDA adalah mustahil tanpa perkenan pemilik JDT FC, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membenarkan Syafiq dipinjamkan selama setahun kepada KDA.

“Kontrak pinjaman ini sudah pasti memberi suntikan motivasi buat Syafiq untuk lebih cemerlang di musim 2022.

“KDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Tunku Mahkota Johor bagi merealisasikan hasrat pengurusan pasukan dan barisan kejurulatihan untuk mendapatkan khidmat Syafiq Ahmad,” menurut kenyataan dikeluarkan KDA.

Sebagai rekod, Syafiq memulakan karier peringkat remaja bersama SMK Tunku Anum sebelum diserap masuk ke skuad Piala Presiden Kedah selepas tamat pengajian pada musim 2013.

sumber : arena metro

Dia kemudiannya menyertai JDT pada 2018 dan berjaya menjuarai beberapa kejohanan tempatan selain turut beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).