Umpama mimpi ng3ri

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menganggap prestasi skuad B-22 negara umpama mimpi ng3ri dalam saingan Sukan SEA Ke-30.

Selepas memberi sasaran bulan bintang dalam kenyataan awal tahun lalu, FAM nampaknya memilih untuk berdiam diri selepas kek4lahan tidak dijangka skuad Datuk Ong Kim Swee di Manila.

Terbaru reaksi daripada Yusoff yang terpaksa menelan hakikat, prestasi di Manila umpama mimpi ngeri ketika mereka sedang menyulam angan-angan untuk berada di mata Asia namun di pentas Asia Tenggara lain pula ceritanya.

“Umpama mimpi ngeri, kami tidak menjangkakan gagal menampilkan aksi cemerlang di Manila malah gagal melepasi peringkat kumpulan,” kata Yusoff.

“Sehingga hari ini, kami masih belum lagi berbincang bagi mencari punca kegagalan skuad negara.

sumber: SA

Selain daripada kegagalan Kim Swee membawa pasukan, Yusoff turut tertanya-tanya prestasi semasa pemain yang diberikan tanggungjawab seolah-olah, tidak ada hati untuk bergelar juara.

“Pemain-pemain tidak menghadirkan kegha!rahan untuk meraih kemenangan. Pemain-pemain yang terpilih sebenarnya memiliki kualiti yang tersendiri serta mampu menampilkan permainan yang jauh lebih baik lagi.”