Ulasan Irfan Mengenai Kekuatan Jentera Tengah Pasukan JDT

KUALA LUMPUR: Jentera tengah menjadi bahagian paling penting buat mana-mana pasukan untuk meraih kemenangan setiap kali perlawanan.

Bahagian itu boleh dianggap sebagai ‘enjin’ penggerak kepada setiap pasukan sama ada ketika meny3rang, mahu pun bertahan. Jika enjin itu berfungsi dengan baik, maka keputusan positif akan diperoleh.

Justeru, kreativiti hantaran dan kepakaran dalam mengatur permainan dari pemain tengah yang dilabel sebagai ‘skuad perancang’ menjadi nadi penentu prestasi pasukan mereka.

Bagi saingan Liga Super musim ini, pertembungan skuad perancang ini tidak kurang hebatnya dengan setiap pasukan menyajikan kekuatan dan kehebatan tersendiri jeneral tengah mereka.

BH Sukan mendapatkan bekas pemain tengah yang juga jurulatih berpengalaman dalam Liga Malaysia (Liga M), Irfan Bakti Abu Salim bagi mengulas mengenai jentera tengah tumpuan dalam Liga Super yang akan membuka tirainya Jumaat ini.

Irfan menyifatkan Johor Daril Ta’zim (JDT), Selangor, Kedah, Terengganu, Perak, dan Pahang sebagai antara pasukan yang harus diberi perhatian terutama di bahagian tengah.

Berikut adalah ulasan Irfan mengenai kekuatan jentera tengah pasukan terbabit:

JDT

Pasukan ini saya anggap mempunyai tahap berbeza jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam kancah bola sepak tempatan.

Kehadiran perancang tengah, Liridon Krasniqi sebagai pemain tempatan ditambah pula dengan Hariss Harun, Afiq Fazail, Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera menjadikan mereka memiliki kekuatan yang jauh lebih kuat dari pasukan lain.

Jika melihat kepada bahagian tengah, boleh dikatakan JDT mempunyai barisan lengkap dari tengah hingga ke kedua-dua bahagian sayap.

Namun, pasukan lain tetap ada jalan untuk mengatasi pasukan ini. Saya pun pernah menang (ke atas JDT) ketika membimbing Terengganu dan FELDA United.

Jadi pasukan lain perlu kaji betul-betul bagaimana cara dan lawan JDT. Antaranya pasukan yang menentang JDT perlu sanggup memberi tekanan tinggi sepanjang 90 permainan tanpa memikirkan segala mainan psikologi.

SELANGOR

Mungkin tahun lalu jurulatih B Sathianathan nampak kelemahan di bahagian tengah dan sebab itu pasukan ini cuba memperkuatkan posisi itu dengan mengikat Brendan Gan dan Safuwan Baharudin.

Saya lihat kehadiran Brendan yang mana dengan corak permainan agresif yang ditampilkan selain boleh bertindak sebagai pertahanan dan ser@ngan dapat menyumbang sesuatu buat Red Giants.

Begitu juga dengan Safuwan yang mana kita tahu kekuatan pemain Singapura ini terutama mampu mencabar bola tinggi.

Jadi, saya fikir Selangor sebagai pasukan kedua yang memiliki kekuatan jentera tengah selepas JDT.

Malah, Selangor yang turut diperkuatkan dengan beberapa pemain lain juga saya boleh dianggap sebagai pasukan pilihan utama untuk mencabar kejuaraan daripada JDT.

KEDAH

Persiapan Kedah untuk mengharungi musim ini agak kurang memuaskan jika melihat kepada keputusan aksi pramusim mereka.

Jadi saya anggap Kedah masih di bawah Selangor kalau dilihat berdasarkan persembahan di bahagian tengah.

Namun, sekiranya jurulatih Aidil Sharin Sahak mampu membentuk gandingan menarik terutama dua peny3rang mereka Kpah Sherman dan Kipre Tchetche, tidak mustahil Kedah juga mampu mencabar kejuaraan liga.

TERENGGANU

Walaupun jentera ser@ngan mereka tidak begitu menyerlah, tapi pasukan ini memiliki dua perancang berkualiti Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov di bahagian tengah.

Gandingan dua pemain itu boleh dianggap sebagai antara jentera tengah terbaik dalam liga.

Namun, apa yang menjadi sedikit kelemahan buat skuad Penyu adalah dari segi kemampuan pemain sayap mereka.

PAHANG

Pasukan ini memang tidak kedengaran langsung mengenai persiapan pramusim menghadapi saingan musim ini.

Apa yang kita dengar mereka kehilangan beberapa pemain tonggak termasuk Safuwan di bahagian tengah dan kapten, Matthew Davies di posisi pertahanan.

Bagi bahagian tengah, mereka mengharapkan sentuhan Nor Azam Azih dan Mohamadou Sumareh sebagai pemain sayap. Nor Azam bagaimanapun kurang agresif dan dia lebih kepada ser@ngan.

Namun, berdasarkan keputusan aksi persahabatan sebelum ini, mereka tewas besar kepada Terengganu. Jadi, jurulatih Dollah Salleh perlu melakukan sesuatu sebelum liga bermula.

PERAK

Tidak dinafikan Perak bergantung kepada Leandro Dos Santos dibahagian tengah yang menyaksikan mereka memenangi piala Unity Shield 2020 selepas menewaskan Kedah.

Leandro salah seorang pemain yang memiliki keupayaan mempengaruhi mental lawan terutama dengan provokasi dan permainan agresif. Jadi, kalau tiada dia, ia turut mempengaruhi persembahan Perak.