UiTM tambah derita Perak

KUALA LUMPUR: Risiko untuk Perak FC tersingkir ke Liga Perdana musim depan semakin meningkat susulan kekalahan 0-2 di tangan UiTM FC, sebentar tadi.

Kekalahan di Stadium UiTM Shah Alam itu menyaksikan skuad Bos Gaurus kekal di kedudukan kedua tercorot selepas mengumpul 13 mata dan dibezakan empat mata dengan Sri Pahang dan Melaka United yag menghuni tangga kesembilan dan 10 liga.

Bagi UiTM FC pula, jaringan Sean Giannelli pada minit ke-30 dan Shafiq Al-Hafiz Dawawi pada minit ke-75 memastikan mereka merasai kemenangan pertama musim ini selepas mengharungi 17 perlawanan, namun kekal di kedudukan tercorot dengan lima mata.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, KL City FC turut memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selepas mencipta kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC dengan jaringan tunggal dihasilkan Paulo Josue pada minit ke-31.

Sumber:BH

Keputusan itu meletakkan KL City di kedudukan keenam selepas mengumpul 24 mata, manakala PJ City di tangga kelapan dengan 18 mata.