Tugas berat menanti Kedah

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak terpaksa memikirkan strategi baharu buat skuadnya yang akan menghadapi dua perlawanan Liga Malaysia (Liga M) di luar Kedah dalam tempoh enam hari minggu depan.

Dua perlawananan berkenaan adalah aksi seterusnya Liga Super bertemu skuad Sabah di Kuala Lumpur yang ditunda ke Isnin dan skuad Pahang di Kuantan pada Sabtu.

Menurut Aidil Sharin, pihaknya terpaksa memikirkan perancangan berhati-hati memandangkan kedua-dua perlawanan di luar Kedah itu akan berlangsung kurang daripada seminggu dan memerlukan perancangan rapi dari segi m3ntal dan fizikal.

“Ya, itu sahaja pilihan yang kita ada dan kita perlu menghadapinya dengan strategi terbaik agar perancangan membu ru tiga mata dapat kita teruskan.

“Pengumuman pertukaran tarikh untuk perlawanan bertemu Sabah memberi sedikit kelegaan mengenai lebihan masa dari segi persiapan, namun perlawanan seterusnya bertemu Pahang pula kita akan kekurangan waktu rehat apabila hanya enam hari untuk persiapan.

“Tambahan pula kita beraksi di tempat lawan. Nampak sedikit su kar tetapi kami tetap akan berusaha mempersiapkan pasukan dengan sebaik mungkin dan cuba untuk membuat persiapan rapi.

“Saya berharap segala persiapan yang akan kami lalui nanti akan berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan tanpa berhadapan isu kec3rgasan yang boleh menjejaskan matlamat kami,” katanya.

Aidil mahu semua pemainnya meneruskan komitmen membu ru mata penuh selepas memungut 12 mata daripada empat kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Selangor, PDRM, PJ City dan Felda United sebelum ini.