TRW malukan Kedah di Kota Bharu

Tuan rumah, Kelantan, meng3jutkan naib juara Piala Malaysia, Kedah, 2-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.

The Red Warriors (TRW) membuka jaringan melalui rembatan kencang pemain sayap, Mohd Nazrin Nawi, dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim, pada minit ke-10.

Asakan bertali-arus Kedah akhirnya membuahkan hasil apabila menyamakan kedudukan menerusi sentuhan bekas peny3rang PKNS FC, Kpah Sherman, susulan kekalutan dalam kawasan penalti tuan rumah pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, peny3rang muda, Mohamad Amirul Shafik Che Soh, kembali meletakkan TRW di depan apabila merembat kencang hantaran cantik Muhammad Danial Ashraf Abdullah untuk menewaskan Ifwat Akmal pada minit ke-55.

Kedah hampir memperoleh jaringan penyamaan apabila sepakan percuma pemain gantian, Muhammad Hadin Azman, terkena tiang biarpun penjaga gol gantian, Abdul Arif Abdullah, sudah tertewas pada minit ke-76.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak, mengeluarkan Tchetche Kipre dan memasukkan Mohamad Zaquan Adha untuk mencari gol penyamaan tetapi pertahanan TRW yang diketuai kapten, Farisham Ismail, kental bertahan.

Sumber : SA