‘Tolong sedarkan Akhyar’

Jurulatih berpengalaman luas, Azraai Khor Abdullah b!mbang masa depan dan karier pemain muda, Akhyar Rashid akan mvsnah seandainya tidak dis3lamatkan daripada terus h4nyut dalam dunianya sendiri dan terus mencipta kontr0versi demi kontr0versi.

Pemain Muda Harapan Liga Malaysia 2019 itu sudah banyak mencvri tumpuan atas sebab yang salah sepanjang tahun ini malah baru-baru ini Pemilik Johor Darul Takzim Tunku Ismail Sultan Ibrahim mend3dahkan dia telah beberapa kali did3nda kerana mel4nggar etika dan memberi imej buruk kepada kelab.

Terbaru tersebar pula gambar Akhyar dan pemain muda meningkat naik, Luqman Hakim Samsudin bercuti bersama sekumpulan gadis dipercayai pasangan masing-masing di Phuket dan bagi Azraai yang mengikuti rapat perkembangan Akhyar, pemain itu perlu disedarkan betapa perlunya dia menjaga nama baik dan penampilan.

“Akhyar pemain muda yang sangat berbakat malah beruntung kerana mendapat peluang menyertai JDT. Semua orang tahu JDT adalah pasukan yang lengkap. Fasilitinya bertaraf antarabangsa, pengurusan profesional dan kebajikan pemain sentiasa terjamin.

“Tapi, sayang Akhyar seolah-olah mensia-siakan peluang keemasan yang diperolehnya itu dengan mencetuskan pelbagai kontroversi. Bagi saya Akhyar belum matang dan tidak memahami apa erti sebenar kedudukannya sebagai pemain profesional. Dia tidak dapat membezakan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

“Seseorang yang rapat dengan dia sama ada ahli keluarga atau kawan perlu membimbingnya supaya dia tidak terus h4nyut. Tarik dia ke tepi dan bercakap dengannya. Saya difahamkan JDT sendiri sudah beberapa kali mend3ndanya. Saya bimbang jika Akhyar tidak berubah, ia boleh meng4ncam kedudukannya dalam pasukan itu. Kalau dah kena bu4ng dari JDT, karier Akhyar akan mvsnah,” ujar Azraai Khor dipetik daripada Labola Malaya .

sumber: foxsports

Azraai Khor pada hakikatnya sudahpun menasihatkan pemain itu agar tidak t3was kepada tiga g0daan utama – perempuan, wang ringgit dan p0pular!ti – ketika namanya mula menjadi bualan peminat ekoran prestasi cemerlang pada Kejohanan AFC B-23.

Azraai bimbang tiga perkara itu akan memvsnahkan karier pemain muda bila mereka mula dibuai dengan keseronokan, kemewahan dan kem4hsyuran dan ternyata apa yang dibimbangkan Azraai itu kini berlaku kepada Akhyar yang semakin hari semakin suram prestasinya sehingga sentiasa menjadi sasaran kritikan dan bahan ketawa ekoran prestasi h4mbar, tidak sama seperti ketika dia bersama Kedah tahun lalu.