Tok Gajah bertemu JDT tanpa enam tonggak utama

Kuantan: Masalah k3ced3raan dan pengg@ntungan membelenggu Sri Pahang FC menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Pemain yang mengalami kec3der@an ialah kapten pasukan, Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri, Helmi Eliza Elias dan Zarif Irfan Hashimuddin manakala pertahanan import, Herold Goulon pula tidak dapat disenaraikan kerana dig@ntung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

Pengendali pasukan, Dollah Salleh mengesahkan bahawa enam pemain berkenaan tidak akan beraksi berdepan Harimau Selatan itu.

“Pada masa sama, kedudukan dua pemain tengah iaitu Abdul Malik Mat Ariff dan Yakubu Abu Bakar juga belum pasti kerana turut mengalami kec3der@an. Namun, kec3der@an dua pemain ini tidak serius dan kemungkinan boleh beraksi adalah 50-50,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Dengan ketiadaan enam pemain utama, Dollah mengakui berdepan kesukaran ketika tuan rumah berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Namun, beliau mengharapkan barisan pemain yang diberi tanggungjawab dapat beraksi dengan baik untuk menyekat skuad Harimau Selatan itu.

“Saya minta semua pemain bermain dengan mempamerkan komitmen tinggi dan tidak melakukan kesilapan mudah,” katanya.

Berbaki empat perlawanan termasuk berdepan JDT, skuad Tok Gajah perlu mengutip mata maksimum untuk mengelak daripada berada di zon penyingkiran.

Selepas 18 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan ke-10 dengan mengutip 17 mata.