TMJ Tampil Pertahankan

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan kelabnya setelah menerima kec@man daripada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, Tunku Ismail menegaskan beliau hanya mahu membela nasib pemain bola sepak dalam negara yang telah bekerja keras setiap tahun.

Sebelum ini, TMJ menggesa agar pasukan seperti Kedah, Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang agar menyelesaikan tunggakan gaji pemain sebelum menjalankan kaedah pemotongan gaji.

Akan tetapi, kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ ini tidak disenangi Asmirul Anuar Aris dimana beliau mempersoalkan mengapa JDT ikut campur dalam urusan pengurusan pasukan lain.

“Saya juga mempersoalkan kewajaran JDT untuk campur tangan dalam pengurusan badan gabungan seolah melangkaui FAM?

sumber: vocketfc

“Untuk apa tujuan menggembar gembur di dalam media ketika negara gawat dengan wabak COVID19?,” kata Asmirul menerusi laman media sosial Facebook miliknya.

Assalammualaikum..Sekali lagi saya di hujani dengan persoalan berhubung pembayaran gaji pemain melalui media massa…

Posted by Asmirul Anuar Aris on Tuesday, 14 April 2020

Mengikut salah seorang sumber terdekat kelab yang memberitahu Vocket FC, KFA baru sahaja menyelesaikan bayaran setengah bulan gaji kepada pemain. Ini bermakna KFA masih lagi berhutang dua bulan setengah gaji kepada pemain.