TMJ ‘Sekolahkan’ Laman Facebook Kedah

Adakah senj@ta kini makan tuan?

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberikan kenyataan balas kepada pasukan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai tindakan pentadbir laman Facebook Kedah yang dianggap memalukan.

Di laman Instagramnya, Tunku Ismail meminta Mukhriz menghantar pentadbir laman Facebook untuk dihantar ke kelas bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemahiran berbahasa demikian.

“Tolonglah hantar admin (pentadbir laman) ke kelas tambahan English.”

Tangkap layar dari Instagram Story milik Tunku Ismail terhadap Kedah

Awal hari ini, laman Facebook Kedah ada mengeluarkan hebahan mengenai promosi pelancaran jersi baharu mereka untuk musim 2020.

Tetapi tidak seperti kebiasaan, pentadbir laman Facebook mereka itu membuat keputusan untuk menyelitkan unsur banter dalam hebahan mereka terhadap JDT berbanding hanya mengumumkan acara itu secara biasa.

“Its’ coming.. Arizona? No. Girl? Sorry, not at home,” tulis Kedah di Facebook mereka.

sumber: semuanyabola

Akan tetapi ianya kemudiannya diubah selepas itu.

“It’s coming.. Arizona? No. Girl? Sorry, just harmony.”

Namun begitu, tinjauan kami di laman Facebook Kedah kini mendapati status tersebut telah pun dipadam.

Dijangka Kedah bakal mengeluarkan hebahan mengenai majlis pelancaran jersi mereka yang berlainan dalam masa terdekat.