TMJ Mengesahkan Dion Johan Cools

Tunku Ismail mengesahkan pemain kelab Club Brugge, Dion Johan Cools tidak akan menyertai skuad Harimau Selatan pada musim depan dan mahu pemain itu meneruskan karier bola sepak di Belgium.

“Saya lebih suka Dion beraksi di Belgium. Anda pun tahu kan Belgium pasukan yang beraksi di Piala Dunia dan biar dia mendapat pendedahan sepenuhnya dan jika hendak main untuk JDT pintu kami sentiasa terbuka,” kata Tunku Ismail.

Dengan kehadiran Krasniqi menyertai skuad Harimau Selatan maka lengkap sudah barisan pemain pasukan itu apabila mengekalkan barisan pemain musim ini untuk menghadapi kancah Liga M dan skuad itu akan mengadakan aksi persahabatan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu bermula 15 Januari ini.

Bagi jurulatih JDT, Benjamim Mora aksi di negara Timur Tengah amat penting buat pasukan bimbingangnya bukan sahaja untuk bersaing dalam kancah ACL malah bakal membentuk barisan pemain mantap pada kempen liga elit domestik.

“Kami akan mengadakan sekurang-kurangnya empat atau lima perlawanan persahabatan menentang kelab yang berpengkalan di Dubai dan ia peluang terbaik untuk menimba pengalaman dan mempelajari apa yang baharu.

“Kami tahu kelab di Dubai adalah kelab terbaik. Kami akan cuba beri tentangan sengit dan berusaha untuk menang kerana ia akan menaikkan lagi motivasi pemain saya apabila berdepan dalam kancah ACL dan Liga Super,” kata Mora.