TMJ Cabar

KUALA LUMPUR: Pelbagai ragam dapat disaksikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan wa bak C0VID-19.

Sekalipun terpaksa ‘berkurung’ namun itu tidak menghalang pemain bola sepak daripada meneruskan rutin harian mereka apabila tetap menjalani latihan meskipun secara bersendirian di rumah masing-masing.

Jadi, mungkinkah kita dapat menyaksikan pemain dan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tampil dengan gaya rambut baharu dalam tempoh PKP?

Ini selepas pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melontarkan cabaran unik ‘JDT Family Botak Challenge’ menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, semalam.

“Stay Safe. Keep Healthy. JDT Family Botak Challenge.” (Kekal selamat. Kekal sihat. Cabaran Botak Keluarga JDT).”

Dalam kemas kini sama, laman terbabit turut memaparkan gaya rambut terkini Tunku Ismail yang sudah pun botak dan beliau turut bergambar bersama pengurus pasukan, Luciano Figueroa.

Stay Safe. Keep Healthy. JDT Family Botak Challenge 🔴🔵

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, April 3, 2020

Selain itu, menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan laman itu, kelihatan Tunku Ismail turut memanfaatkan tempoh PKP dengan melakukan senaman seperti berbasikal dan menolak beban.