TMJ Bantah Keputusan Lukman Hakim

BUKAN liga utama Jepun sebaliknya liga Belgium yang bakal menjadi destinasi peny3rang skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Luqman dijangka menyertai kelab KV Kortrijk musim depan dan menurut sumber, pemilik kelab berkenaan yang juga ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tan Sri Vincent Tan tertarik dengan kebolehan yang ada pada striker muda negara, sekali gus sedia menawarkan kontrak pr0fesional selama lima tahun kepadanya.

Andai menjadi kenyataan, Luqman bakal muncul anak Malaysia pertama beraksi dalam liga utama di Eropah.

Tan Sri (Vincent Tan) akan mengadakan majlis mengenai kerjasama dengan NFDP (Program Pembangunan Bolasepak Negara) dan mungkin mengumumkan sesuatu mengenai Luqman.

“Jika jadi, ini satu penanda aras yang baik dan positif buat bola sepak Malaysia. Dengan pemergian dia ke sana, pasti dapat membuka jalan buat lebih ramai pemain tempatan berhijrah ke luar terutama Eropah,” katanya kepada Arena Metro.

Namun dakwaan tersebut dibantah oleh TMJ.

Baginda mengatakan pemilik kelab tersebut iaitu Tan Sri Vincent Tan mengambil pemain tersebut bukan kerana minat, tetapi kerana ada orang yang berkuasa di dalam negara yang meminta menandatangani Luqman Hakim.