Tiga tonggak utama kembali perkuat skuad negara

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe lega apabila tiga pemain yang dikuarantin ekoran C0v!d-19 sudah dibenarkan menyertai pasukan negara.

Perkhabaran positif itu sememangnya tepat pada masanya ketika skuad negara bakal turun dengan misi wajib menang ke atas Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura, Ahad ini.

Sekali gus menamatkan krisis kekurangan pemain selepas skuad negara hanya mempunyai 19 pemain ketika aksi ketiga kumpulan menentang Vietnam semalam yang menyaksikan Malaysia tewas 0-3.

“Ketiga-tiga pemain ini sudah memulakan aktiviti bersama pasukan dengan aktiviti pertama ialah di gimnasium memandangkan hari ini adalah hari ‘recovery’ selepas aksi menentang Vietnam, malam tadi.

“Mereka selepas ini akan dapat turut kembali menyertai sesi latihan penuh kita di padang bagi persiapan menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia pada Ahad, 19 Disember 2021,” kata Cheng Hoe.

Begitupun, seorang lagi pemain negara iaitu Akhyar Rashid terpaksa meneruskan tempoh kuarantin sehingga Ahad ini.

Skuad negara kini menghuni tangga ketiga kumpulan dengan enam mata selepas merakam dua kemenangan ke atas Kemboja (3-1) dan Laos (0-4) sebelum ini.

sumber : arena metro

Begitupun, rekod bersih itu dipadamkan Vietnam apabila pasukan negara tewas 0-3 sekali gus perlu membenam Indonesia untuk mara ke peringkat separuh akhir.