Tiga Pemain Yang Boleh Dijadikan Pemain Naturalisasi

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Liridon Krasniqi sedang menjadi bahan perbincangan apabila beliau menjadi pemain naturalisasi kedua yang akan beraksi bersama pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

Pemilihan Liridon sebagai pemain naturalisasi mendapat reaksi berbeza baik daripada peminat bola sepak dan juga seluruh lapisan masyarakat Malaysia.

Dengan kehadiran Liridon dan Sumareh, kini persoalan timbul mengenai pemain yang sesuai untuk dijadikan pemain naturalisasi sekiranya badan induk bola sepak negara memutuskan untuk berbuat demikian.

Di sini, terdapat tiga pemain yang dianggap mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai pemain naturalisasi pada masa akan datang.

1. Romel Morales Ramirez

Romel beraksi di Malaysia sejak beliau berusia 19 tahun, lebih tepatnya pada musim 2018 lalu bersama PKNS FC.

Dianggap sebagai pemain tengah import yang underrated, beliau dilihat sebagai calon yang sesuai sekiranya pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu mengukuhkan bahagian tengah.

2. Endrick Dos Santos

Sama seperti Romel Morales, Endrick mula beraksi di Malaysia pada musim 2018 lalu dimana beliau membantu Felcra FC menamatkan saingan Liga Perdana musim 2018 di tangga kedua.

Mempunyai kualiti hantaran yang baik serta mampu beraksi di tengah dan juga sebagai pemain nombor 10, Endrick dilihat mampu untuk memperkuatkan pasukan negara.

3. Raianderson Da Costa Morais

Raianderson atau yang selalu disebut Careca ini menyertai Perak pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim lalu dan beliau serta-merta mencipta gandingan mantap dengan seorang lagi pemain import iaitu Ronaldo.

Careca sering diletakkan di posisi pemain tengah meny3rang oleh Mehmet Durakovic dan beliau boleh dijadikan sebagai salah satu calon bagi dijadikan pemain naturalisasi.