Tidak Akan Dibenarkan Melibatkan Pasukan Dari Negeri Kelahiran

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid mengesahkan bahawa pengadil tidak akan dibenarkan mengendalikan perlawanan melibatkan pasukan dari negeri kelahiran.

Katanya, perkara itu adalah bagi mengelakkan pengadil daripada terpalit dengan kontr0versi dan dituduh berat sebelah.

“Kami fikir pengadil sentiasa bersikap profesional untuk membolehkan kami meletakkan sesiapa sahaja.

“Tetapi memandangkan kami tidak mahu sesuatu perkara itu boleh menimbulkan kontr0versi besar yang melibatkan sekretariat FAM, jadi kami akan cuba yang terbaik,” katanya kepada Nadi Arena.

Dali turut mengesahkan FAM tidak ada perancangan untuk mengambil khidmat pengadil asing, sama seperti musim lepas, memandangkan beberapa pengadil tempatan sudah menunjukkan keupayaan di peringkat antarabangsa.

“Pengadil Liga M berkualiti.

“Empat pengadil negara telah terpilih untuk mengendalikan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Iraq minggu lalu.

“Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengiktirafkan pengadil-pengadil tersebut, atas alasan tersebut kami mengutamakan pengadil tempatan.”