Tiada Pilihan

Selepas After Image Sdn Bhd menarik diri daripada menguruskan Kelantan FA, KAFA terpaksa meminta bantuan daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bert!ndak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid menganggap ia sebagai satu tamparan besar dan pihaknya terpaksa mengambil alih semula pengurusan pasukan.

“Kami tidak ada sumber pendapatan lagi. Penaja utama kami, After Image telah menarik diri atas faktor aliran kewangannya,” katanya dalam kenyataan.

“Kami merayu kerajaan negeri, bantulah kami dalam kemelut kewangan yang meruncing ini. Sayangilah Kelantan FA yang pernah menaikkan nama Kelantan suatu ketika dahulu.

“KAFA adalah milik rakyat, mereka juga turut bersedih dengan nasib yang menimpa kami. Ramai di antara mereka telah terjemahkannya dengan derma yang dilancarkan. Ini mengambarkan KAFA milik rakyat dan mereka sayang kami.”

Setakat ini, tabung derma Selamatkan Bola Sepak Kelantan hanya meraih sebanyak RM14,000, jauh berbanding bayaran gaji yang perlu dibuat kepada Cassio iaitu berjumlah RM629,620.28.

Malah, KAFA juga sudah melebihi tempoh untuk membuat pembayaran yang sepatutnya dibuat pada 23 Mei.

KAFA hanya sedang menunggu keputusan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) selepas mengemukakan rayuan terhadap kes Cassio.