Tiada Alasan

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan memberi bayangan bahawa pasukan Liga Malaysia perlu memulakan sesi latihan segera kerana kemungkinan saingan liga akan bermula seawal bulan Ogos.

Beliau berkata demikian selepas mendapati hanya beberapa pasukan yang sudah memulakan sesi latihan.

“Ada pasukan yang mempunyai perancangan tersendiri memandangkan MFL menjangkakan liga akan diteruskan pada September depan,” katanya kepada Astro Arena.

Tetapi harus ingat bahawa mereka perlu bersedia kerana ada kemungkinan liga akan bermula lebih awal.

“Kami tidak mahu ada pasukan yang melaporkan mereka tidak cukup waktu latihan dan sebagainya, padahal ia telah dibenarkan lebih awal.”

Setakat ini, 13 pasukan Liga Super dan Liga Perdana masih belum mendapat kelulusan untuk menjalani latihan selepas dua minggu kebenaran diberikan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Ghani percaya semua pasukan akan memulakan sesi latihan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Kami akan memohon kepada kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memasukkan fasa 2 selepas ini, iaitu latihan seperti biasa dengan SOP tertentu buat pemain dan pegawai.

Tapi buat masa ini, kami tidak meletakkan tarikh tutup untuk latihan fasa 1 kerana beranggapan pemain sudah bersedia untuk memulakan latihan.

“Saya percaya pada penghujung bulan ini, semua pasukan akan memulakan latihan.”