The Red Warriors Terpaksa Lupakan

Hasrat penyokong Kelantan untuk menyaksikan kelibat Christopher Jackson mengetuai barisan ser@ngan The Red Warriors terkubur selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan peny3rang kebangsaan Liberia itu terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari mengatakan, biarpun ianya satu keputusan yang berat, pihaknya terpaksa mengambil tindakan berkenaan setelah pegawai perubatan pasukan mengesahkan peny3rang berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan lateral menicus dibahagian lulut kanan.

Beliau menjelaskan Jackson mendapat kecederaan tersebut ketika Kelantan meraih kemenangan 3-2 ke atas PJ City dalam aksi persahabatan pra-musim pada minggu lepas dan pemain berkenaan mungkin perlu menjalani pembedahan dan berhat panjang sebelum dapat kembali beraksi.

“Sebelum bersama TRW, pasukan perubatan telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas pemain itu dan mendapati dia bebas daripada kecederaan lampau.

“Namun, malang menimpa Jackosn apabila dia mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut (menentang PJ City),” katanya kepada laman rasmi Kelantan FA.

Namun dalam media sosial, terdapat khabar angin yang mendakwa ejen Jackson sengaja menyembunyikan kecederaan yang dialami oleh pemain itu sebelum tiba di Kota Bharu.

Oleh itu, bagi mendapatkan seorang peny3rang berkualti untuk mengetuai barisan hadapan pasukan, TRW telah membuat keputusan untuk membawa masuk bekas peny3rang Pahang, Lazarus Kaimbi menggantikan Jackson bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020.

“Saya telah melakukan perbincangan dengan barisan jurulatih dan mereka bersetuju mendapatkan Kiambi sebagai pengganti kepada Jackson,” ujarnya.

Dalam perlawanan pertama Liga Premier menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu, Kelantan telah dikecewakan dengan jaringan penyamaan Francis Kone pada minit-minit akhir perlawanan dan sekaligus terlepas untuk meraih kemenangan sulung pada musim ini.