TFC mahu calar ego JDT sekali lagi

Kuala Terengganu: Pertembungan Terengganu FC (TFC) dengan juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak malam esok pastinya dinantikan peminat setia kedua-dua pasukan.

Ini kerana pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri April lalu, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya mencalar ego skuad kendalian Benjamin Mora dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain muda, Mohamad Hakimi Abdullah.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad Penyu berjaya melebur rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan itu dalam 21 perlawanan walaupun pada awalnya tidak diberi harapan yang tinggi untuk menewaskan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu.

Namun aksi pusingan kedua malam esok, sudah tentu Nafuzi sekali lagi mahu melebar rekod kemenangan ke atas pasukan itu walaupun atas kertas dilihat sukar berdasarkan prestasi terkini pasukan lawan selain reputasi skuad itu yang gah berada di takhta liga.

“Moral pemain kami berada pada tahap terbaik dan tiada masalah, ini dapat dibuktikan ketika dua aksi terakhir liga mereka bermain baik dan bukannya teruk dengan semangat juang pemain yang begitu tinggi, cuma nasib tidak menyebelahi kami kerana tidak dapat menjaringkan gol.

“Jadi untuk aksi menentang juara liga itu, pemain kami sudah bersedia sepenuhnya dan mereka tekad untuk memberikan tentangan sengit sehingga wisel penamat lebih-lebih lagi dua aksi terakhir liga itu begitu penting buat kami,” kata Nafuzi.

Beliau bagaimanapun mengakui kapten pasukan, Carli De Murga masih belum dapat diturunkan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kec3der@an manakala pertahanan kiri kebangsaan, Arif Fadzilah Abu Bakar digantung perlawanan.

Tambah bekas p3ny3rang Terengganu itu, beliau juga tidak dapat menggunakan khidmat penggempur pasukan ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah yang juga belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan siku.

TFC yang kini menghuni di tangga ketiga liga akan terus memberi peranan kepada p3nyer@ng kelahiran Brazil, David Da Silva untuk merobek kubu pelawat selain kemungkinan pemain TFC II, Argzim Redzovic bakal dibawa masuk untuk memantapkan jentera pertahanan manakala tugas penjaga gol kekal menjadi milik Suhaimi Husin yang kini berada pada prestasi terbaik.

Sumber:HM

Jika pemain TFC berjaya meningkatkan tempo permainan dengan lebih kerap mengasak kubu pelawat selain barisan p3nyer@ng lebih bijak menghidu peluang, skuad itu mampu mengulangi kejayaan menumpaskan JDT.