TFC II sedia perangkap The Cops

Kuala Terengganu: Misi tiga mata menjadi menjadi sasaran ketua jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali apabila pasukannya bakal berdepan dengan PDRM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Turun tanpa p3ny3rang utamanya, Jordan Mintah yang mengalami kec3der@an siku, pengendali kelahiran Kemaman itu tidak mahu mencipta alasan, sebaliknya menaruh harapan yang tinggi kepada anak buahnya agar dapat beraksi mengikut perancangan bagi mengekalkan rekod tanpa kalah.

Katanya, dua p3ny3rang muda, Izzan Syahmi Mustapa dan Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali bakal diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera s3r@ngan sambil mengharapkan jentera tengah lebih kreatif menyusun gerakan ke kubu pelawat.

“Kita akui aksi bertemu PDRM FC sukar buat kami lebih-lebih lagi tanpa p3ny3rang utama, Mintah yang mengalami kec3dera@n.

“Tapi saya tetap menyasarkan tiga mata penuh untuk dibawa pulang dengan sandaran kepada Izzan Syahmi dan Fazli untuk merobek kubu pelawat.

“Kemenangan penting untuk kembali merampas kedudukan teratas liga kerana keciciran mata menyukarkan lagi buat kita walaupun berbaki enam perlawanan lagi termasuk bertemu skuad The Cops.

Mengulas lanjut, Badrul turut meletakkan harapan yang tinggi kepada penjaga gol muda, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin yang beraksi cemerlang tanpa melepaskan sebarang gol ketika diturunkan dalam tiga aksi terakhir bertemu Negeri Sembilan FC, Kelantan FC dan Sarawak United FC.

Sumber:HM

“Saya mengharapkan kecemerlangan penjaga gol muda berusia 22 tahun itu dapat diteruskan bertemu PDRM malam esok, tapi barisan pertahanan juga perlu memainkan peranan bagi memastikan pintu gol tidak dibolosi lawan yang diketuai bekas p3ny3rang kami, Bruno Suzuki,” katanya.