Tetap Akan Dihukum

Tangguh bukan bermaksud tiada hu kuman.

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan bahawa pihaknya telah meluluskan permohonan daripada pihak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menunda perlawanan di antara Petaling Jaya City FC dengan Terengganu FC yang dirancang berlangsung pada 14 Mac ini (Sabtu).

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan dilakukan di antara MFL, TFC dan PJ City bagi memastikan perlawanan tetap berlangsung tetapi tidak berjaya ekoran masalah venue yang tidak dapat diselesaikan.

PJ City sebelum ini menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada musim lalu, tetapi terpaksa mencari venue sementara kerana proses baik pulih padang stadium berkenaan masih berlangsung. Cadangan untuk menukar venue ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin juga tidak dapat dilakukan kerana pasukan TFC telah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan itu.

“PJ City FC telah berusaha untuk mencari venue lain di sekitar Lembah Klang dengan memohon bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium UiTM dan termasuk di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tetapi malangnya tiada jalan penyelesaian.

“MFL membuat keputusan ini dalam mesyuarat semalam untuk menunda perlawanan PJ City FC dan Terengganu selepas mengadakan perbincangan bersama kedua-dua pasukan ini.

“Justeru, MFL menjadi medium orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini tetapi kecuaian PJ City FC gagal menyediakan venue tetap akan dikenakan hu kuman di mana perkara ini akan dibawa ke Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk dipu tuskan,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Dalam perlawanan mereka sebelum ini, PJ City telah menggunakan Stadium UiTM, Shah Alam bagi aksi menentang Pahang pada 6 Mac lalu.