Teruja Sertai Pasukan Pencabar Liga Malaysia

Pemain tengah baharu pasukan Kedah, Amin Adam Lazarte Nazari atau lebih dikenali sebagai Amin Nazari tidak dapat menahan keterujaannya apabila dilamar untuk menyertai Kedah musim depan.

Keterujaan itu lahir setelah melihat status skuad Hijau Kuning sebagai penc4bar kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia serta mempunyai cita-cita untuk mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC pada musim 2020.

Bekas pemain Ratchaburi Mitr Phol itu turut tidak sabar untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada salah seorang jurulatih muda yang sedang meningkat naik di rantau asia tenggara, Aidil Sharin Sahak yang telah membimbing Kedah memenangi Piala FA pada musim sulungnya dalam k4ncah bola sepak tempatan.

“Saya rasa teruja untuk bersama pasukan Kedah yang merupakan pesaing hebat di Liga Malaysia dan meraih kejayaan sebagai juara Piala FA musim ini.

“Saya berazam mahu mencapai kejayaan disasarkan musim depan bersama pasukan ini. Apapun saya perlu mendapatkan bimbingan serta perancangan dibuat oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak.” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Bagi Amin yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan Filipina, pasukan Kedah dan saingan Liga Malaysia tidak begitu asing baginya. 

Dia mendapat sedikit sebanyak maklumat mengenai skuad Helang Merah menerusi rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Filipina, Alvaro Silva yang merupakan pemain Kedah musim 2018.

“Sebelum tiba di Kedah, saya sudah mengetahui perkembangan pasukan ini dan rakan saya Alvaro Silva pernah beraksi bersama Kedah dan ia memudahkan saya mendapat maklumat dan perkembangan pasukan Kedah.” katanya.

sumber: foxsports

Musim 2019 menyaksikan Amin menjadi t0nggak utama pasukan Ratchaburi Mitr Phol. Pemain berusia 26 tahun ini merupakan seorang pemain tengah yang versatil di mana dia boleh bermain di beberapa posisi seperti sayap kanan, pemain tengah meny3rang serta pemain tengah bert4han.

Selain itu, Amin juga mempunyai ‘work rate’ yang agak baik di mana mampu memainkan peranan selaku pemain tengah ‘box-to-box’ dan ini bakal membantu kep!ncangan Kedah yang ketiadaan calon tepat selaku ‘jeneral’ di tengah padang sepanjang musim 2019.

Berdasarkan makluman oleh FA Kedah, Amin telah tiba di Alor Setar dan dia akan memulakan sesi latihan pertamanya pada hari esok.