Terlerai Sudah Segala Persoalan

TERLERAI sudah segala persoalan apabila peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sah milik KV Kortrijk secara rasmi, hari ini.

Pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menandatangani kontrak bersama KV Kortrijk selama lima tahun dengan turut disaksikan pemilik kelab Belgium terbabit Tan Sri Vincent Tan.

Hadir sama pada majlis itu duta besar Belgium, Pascal Gregoire serta Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon.

Vincent berkata, Luqman perlu menguasai bahasa Inggeris dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri apabila berada di Belgium nanti.

Malah, beliau juga akan memastikan Luqman tidak hanya memanaskan bangku simpanan sahaja namun turut diberi peluang beraksi pada perlawanan membabitkan kelab.

“Saya menjangkakan tiada masalah baginya untuk membuktikan kemampuan beraksi bersama kelab nanti.

“Malah, kita seharusnya berbangga, Luqman berjaya menjadi anak Malaysia pertama bermain di liga divisyen satu di Eropah dengan mewakili antara kelab utama di Belgium,” katanya ketika berucap pada majlis tandatangani Luqman dan KB Kortrijk, di sini, sebentar tadi.

Pada September tahun lalu, Luqman yang juga pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mengikat kontrak lima tahun bersama Kelab Liga Divisyen Satu Belgium itu.

Bagaimanapun kontrak itu hanya termeterai apabila pemain skuad Bawah 19 tahun negara itu berusia 18 tahun.

Perjanjian itu sekali gus menyaksikan Luqman akan memulakan karier sebagai pemain profesional bola sepak di luar negara.