TERKINI: Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Terbongkar

Selepas pihak AFF memutuskan untuk menunda kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 ke tahun 2021 akibat impak besar dari pandemik COVID-19, tarikh baru bagi kejohanan itu masih menjadi tanda tanya bila akan dilangsungkan.

Dalam satu gambar kalendar pertandingan bola sepak Thailand, kami dapati satu tarikh yang berkemungkinan telah ditetapkan atau sekurang-kurangnya dicadangkan untuk kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 itu disambung semula.

11 April hingga 8 Mei 2021 dilihat jelas terpapar dalam kalendar tersebut dan pada tarikh ini juga sebenarnya adalah permulaan bulan Ramadhan 2021 yang dijangka pada 12 April tahun hadapan.

AFF

Pada pendapat anda, adakah perlawanan kompetitif seperti AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung dalam bulan puasa bakal memberikan impak kepada prestasi pemain-pemain beragama islam dari Malaysia dan Indonesia terutamanya?

Mengikut tarikh kalendar pertandingan itu yang dikemaskini pada 2 September 2020, ia dipercayai merupakan versi terkini dan pastinya sudah dibincangkan oleh semua pihak dibawah AFF sebelum tarikh 11 April hingga 8 Mei 2020 dipilih.

Namun, masih tiada maklumat rasmi mengenai tarikh sebenar setakat ini dan dijangka pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat.