Terima Kasih Sahabat – TMJ

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima ucapan ulang tahun hari keputeraan daripada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo.

Ucapan istimewa dibuat pemain kelahiran Portugal itu menerusi satu komen di ruangan Instagram milik Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Happy birthday my friend (Selamat hari lahir sahabat),kata Ronaldo dengan komen berkenaan turut mendapat reaksi daripada beberapa pengguna media sosial itu.

Malah, TMJ yang menyambut hari keputeraan ke-36 semalam turut membalas komen pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali itu dengan berkata: Terima kasih Cristiano. Jumpa kamu lagi, semoga kamu dan keluarga sentiasa dalam keadaan baik sahabat.

Selain itu, beberapa pengguna media sosial juga dilihat teruja dengan ucapan dibuat Ronaldo yang juga antara pemain terbaik dunia.

Pengguna media sosial, dnish77 berkata: Terperanjat CR (Cristiano Ronaldo) komen.

Kredit:- BH

faizzue pula berkata: Padu Tuanku, komen yang hebat.

Selain Ronaldo, seorang lagi bekas pemain ternama dunia yang pernah beraksi bersama Portugal dan Real Madrid, Luis Figo turut memberikan ucapan sama kepada TMJ.

Happy birthday, wish you always the best, kata Figo dan TMJ membalas dengan ucapan terima kasih sahabat.