Terima Kasih Akhyar, Liridon & Kunanlan

JDT DAN AKHYAR BEKERJASAMA DENGAN ‘MAKE A WISH FOUNDATION’ BAGI MENUNAIKAN IMPIAN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Akhyar Rashid telah bekerjasama dengan ‘Make A Wish Foundation Malaysia’ bagi memenuhi impian adik Armi Danish yang berusia 14 tahun menerusi satu sidang video.

Armi yang kini menjalani rawatan untuk sarcoma, telah menyatakan hasrat beliau untuk bertemu pemain kegemarannya Akhyar, namun perjumpaan fizikal tidak dapat dilaksanakan ketika ini atas sebab logistik dan juga kebimbangan tentang Covid-19.

sumber: FB johorsoutherntigers

Penyokong muda JDT ini juga berkesempatan bercakap dengan Liridon Krasniqi dan S.Kunanlan ketika sidang video tersebut. JDT juga turut memberikan Armi beberapa cenderahati kelab yang ditandatangani oleh Akhyar. Luaskan Kuasamu Johor.