Terdapat pelbagai r!ntangan dan anc@man tidak dijangka

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan terlalu selesa biarpun sedang mengepalai carta Liga Super dengan hanya memerlukan tujuh mata minimum daripada baki empat perlawanan untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya sejak musim 2014.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora berkata, terdapat pelbagai r!ntangan dan anc@man tidak dijangka boleh berlaku dalam empat perlawanan akan datang dan sas!rannya adalah cuba memenangi perlawanan satu demi satu.

Jelasnya, setiap perlawanan pasti menjanjikan kesukaran kerana semua pasukan membvru seberapa banyak mata dan tiada sebarang jalan mudah buat skuad Harimau Selatan jika mahu menjuarai Liga Super musim ini.

“Kami hanya fikirkan dari perlawanan ke perlawanan dan cuba meraih seberapa banyak kemenangan kerana ada masanya boleh berlaku kejutan tanpa diduga dalam saingan liga.

“Dalam situasi sekarang, semua pasukan hendak menang dan itu kami perlu cuba lalui jika mahu menjuarai liga sekali lagi pada musim ini,” katanya.

JDT kini mengumpul 19 mata selepas tujuh perlawanan dengan masih kekal rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super.

Biarpun mendahului, penghuni kedua Kedah bagaimanapun mengekori rapat dengan ketinggalan enam mata di belakang juara bertahan itu.

Harimau Selatan dijadualkan berdepan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu depan.

Dalam pada itu, Mora memuji persembahan Terengganu yang dilihat semakin matang berbanding musim lalu selepas memberikan tentangan s3ngit ketika mereka menang 1-0 ke atas skuad Penyu menerusi jaringan tunggal Safawi Rasid, Jumaat lalu.

“Prestasi pasukan berdepan Terengganu buatkan saya cukup gembira kerana gawang kami tidak dib0cori dan permainan kami baik walaupun Terengganu berjaya berikan tek@nan yang cukup baik kepada kami

“Saya juga ucapkan syabas kepada Terengganu kerana mempamerkan peningkatan berbanding musim lalu dan aksi bola sepak yang kian berkualiti, sememangnya saya berpuas hati kerana pemain saya dapat meraih tiga mata penting di laman lawan yang sukar, ” katanya.