Teka-Teki Destinasi Pemain Tengah Skuad Kebangsaan Thailand Akhirnya Terjawab

Teka-teki mengenai destinasi pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai BG Pathum United.

Perkara ini diumumkan oleh pengelola Liga Thailand, Thai League menerusi laman media sosial rasmi mereka dimana Sarach akan memakai jersi bernombor 6.

Setelah beraksi selama 8 musim bersama Muangthong, Sarach memutuskan untuk mencari cabaran baharu dan beliau menerima tawaran yang diberikan oleh BG Pathum.

BG Pathum tidak mendedahkan yuran perpindahan yang dibayar kepada Muangthong namun media tempatan menganggarkan sebesar RM2.7 Juta.

Kehadiran Sarach ini sekaligus menjadikan pemain berusia 27 tahun itu sebagai rakan sepasukan kepada peny3rang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha.

Walau bagaimanapun, peminat perlu menunggu sehingga 12 September untuk menyaksikan gandingan Sarach Yooyen dan Matyo kerana saingan Thai League hanya akan disambung pada tarikh tersebut.