Tchetche Dalam Pemantauan

Kuala Lumpur: Peny3rang import Kedah, Kipre Tchetche menjadi pemain yang berada dalam pemantauan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk diserap sebagai pemain naturalisasi masa depan Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan bukan sahaja Tchetche, malah beberapa pemain lagi turut dipantau termasuk pemain tengah berusia 22 tahun dari Colombia, Romel Morales.

Beliau bagaimanapun berkata, FAM menerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi membuat penilaian terperinci terutama mengenai impak yang boleh diberikan pemain terbabit kepada Harimau Malaya.

Beliau bagaimanapun berkata, FAM menerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi membuat penilaian terperinci terutama mengenai impak yang boleh diberikan pemain terbabit kepada Harimau Malaya.

“Proses naturalisasi ini bukan kata kita hanya mengambil sesiapa saja (pemain naturalisasi). Kita lihat kepada keperluan (dalam pasukan) yang mana jika kita ambil seseorang pemain naturalisasi, dia boleh memberikan impak besar buat skuad kebangsaan.

“Kita tengok beberapa pemain yang masih dalam Liga Malaysia (Liga M) seperti Tchetche dan dua, tiga pemain lain lagi termasuk Morales, dia pun masih muda lagi, jadi kita memantau.

“Tapi, apa pun (syarat) lima tahun (beraksi di negara ini) yang ditetapkan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) kena cukup,” katanya.

Tchetche perlu menunggu dua tahun lagi untuk memenuhi syarat FIFA selepas dia hanya beraksi dalam Liga M bermula 2017 dan apa yang mer@gukan adalah mengenai usia pemain Ivory Coast itu yang sudah mencecah 32 tahun.

Selain itu, Stuart menjelaskan badan induk itu tidak memilih pemain UKM FC, Michael Ijezie sebagai pemain naturalisasi selepas dilihat tidak mampu memenuhi standard yang dimahukan.

“Malah, ramai pemain berdarah campuran yang disebut sebelum ini, tapi kalau kita tengok tiada impak, lebih baik kita bagi slot itu kepada pemain tempatan. Pembangunan pemain muda tetap menjadi keutamaan FAM,” katanya.