Tawar RM3 Juta Untuk Khidmat Teerasil Dangda

Menurut beberapa laporan media bolasepak dari Thailand, tawaran hampir RM3 juta telah dibuat oleh kelab Shimizu S Pulse untuk membawa penye rang legenda skuad kebangsaan mereka, Teerasil Dangda, kembali menyertai aksi saingan J1 League 2020.

Namun, semuanya bergantung kepada persetujuan dari pihak kelab asalnya SCG Muangthong United samada mahu melepaskan Teerasil Dangda kepada Shimizu S Pulse atau pun tidak selepas mereka juga telah kehilangan Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos) serta Chanathip Songkrasin (Hokkaido Consadole Sapporo) sebelum ini.

Seperti yang kita sedia maklum, kelab SCG Muangthong United sedang berada dalam kri sis kewangan yang cukup kriti kal sehinggakan mereka terpaksa melepaskan ramai pemain-pemain berstatus bintang untuk menyelamatkan kelab.

Berdasarkan laporan itu juga, SCG Muangthong United perlu membuat keputusan penting itu pada hari ini dan jika tiada sebarang maklum balas, Shimizu S Pulse akan menarik balik tawaran berjumlah hampir RM3 juta tersebut.

SCG Muangthong United bulan lalu, telah kehilangan khidmat penye rang prolifik mereka iaitu Heberty Fernandes kepada Port FC dengan kontrak pinjaman yang dikatakan cukup lumayan.

sumber : vocket

Perkara ini akan menyebabkan pihak pengurusan SCG Muangthong United dalam keadaan yang tertekan samada mahu melepaskan Teerasil Dangda secara kekal kepada Shimizu S Pulse atau pun terus menggunakan pemain tersebut tanpa ada dana lebihan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang meruncing.

Dijangka, pengumuman berkenaan status pemain ini akan dibuat oleh pihak SCG Muangthong United dalam masa terdekat selain perancangan kelab menghadapi saingan Thai League musim 2020 yang pastinya lebih mencabar.