Tarik Nafas Lega

KUALA LUMPUR: Kebimbangan pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue terhadap COVID-19 mungkin terpadam selepas ahli keluarganya didapati ‘bebas’ daripada dij@ngkiti pandemik itu.

Sekalipun dia membawa isteri dan anaknya tinggal di negara ini, namun tetap terselit kerinduan kepada sanak saudaranya yang kini sedang berada di Brazil.

“Saya akui kes di Brazil agak tinggi tetapi saya lega kerana tiada ahli keluarga yang dijang kiti setakat ini.

“Jadi, buat masa ini, tiada apa yang hendak saya risaukan,” katanya.

Rekod setakat 20 April menyaksikan negara Amerika Selatan itu kini mencatat lebih 38,000 kes dan 2,462 kem@tian selain lebih 14,000 pesakit yang berjaya sembuh.

Dalam masa sama, pemain berusia 31 tahun itu turut berhasrat mengakhiri kariernya bersama skuad Warga Kota itu dan sudah menganggap pasukan itu sebahagian daripada dirinya.

“Tidak keberatan untuk saya katakan bahawa saya memang mahu bermain selama mungkin bersama Kuala Lumpur malah hingga karier saya berakhir.

“Empat musim di sini, pelbagai perkara saya lalui bersama Kuala Lumpur dan mereka umpama keluarga buat saya,” katanya.