Tanpa Pedulikan Amaran

Tindakan kumpulan penyokong Boys of Straits (BOS) berkumpul diluar stadium sambil memberikan sokongan kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam telah banyak menerima k3caman dari peminat bola sepak khususnya ketika negara dalam situasi gent!ng memerangi wabak COVID-19.

“Kekangan bermain tanpa penyokong tidak menghalang kami!”

Ini adalah ayat yang digunakan oleh mereka bagi menzahirkan sokongan dan kesetiaan mereka kepada pasukan JDT tanpa menghiraukan peringatan serta amaran yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Pihak FAM dan MFL juga telah mengisytiharkan perlawanan pada minggu ini sebagai perlawanan tertutup untuk mengelakkan orang ramai berkumpul sebagai salah satu langkah pencegahan penularan wabak tersebut, tetapi mungkin ada segelintir pihak yang kurang jelas dengan kenyataan ini.

Diatas adalah beberapa maklum balas netizen di laman sosial Twitter yang sempat kami ambil secara rawak, selepas pihak BOS memuatnaik video mereka diperkarangan Stadium Sultan Iskandar semalam yang dilihat seperti mementingkan diri sendiri sebenarnya selain tidak mengambil kisah amaran yang dikeluarkan.

Selain itu, ada juga beberapa venue yang kelihatan dikunjungi oleh penyokong dalam kumpulan yang kecil berada diperkarangan stadium dan mereka ini seolah ‘tidak layan’ atau ‘ambil port’ kenyataan yang dikeluarkan.

Apapun, mohon kepada semua patuh dan mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19.