Tan Cheng Hoe buat permintaan

Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyusun dua perlawanan persahabatan sebelum bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bukan itu sahaja, Cheng Hoe turut meminta agar dua perlawanan persahabatan itu diadakan di rantau asia barat supaya anak-anak buahnya dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di sana sebelum turun ke gelanggang l@wan, Stadium Mohammed bin Zayed di Abu Dhabi.

“Idea beliau adalah untuk mengadakan perlawanan di rantau itu supaya barisan pemain lebih bersedia dari segenap aspek bila berl@wan dengan UAE. Di FAM fokus kita adalah macam mana untuk mempersiapkan pasukan kita berdepan dua perlawanan bulan Mac depan.

“Kalau satu perlawanan (persahabatan) tidak cukup, beliau (Cheng Hoe) mahukan dua, kita akan beri dua perlawanan,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi seperti dipetik daripada Bernama.

Kemahuan pengendali skuad kebangsaan berusia 51 tahun itu nampaknya dipandang serius dan FAM sedia untuk merealisasikannya agar Harim@u Malaya mampu melangkah ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia 2022 selain daripada mengesahkan kemaraan ke kejohanan Piala Asia 2023 secara automatik.

Kita (FAM) akan berjumpa dengan beliau (Cheng Hoe) hujung tahun ini untuk beliau membentangkan pelan perancangan pasukan. Selain itu kita meminta beliau tampil dengan cadangan untuk bagaimana memperbaiki dan memperkuatkan pasukan kebangsaan.

“FAM akan memberikan sokongan lebih daripada 100 peratus. Selagi permintaan Tan Cheng Hoe itu bukan bulan dan bintang, insyaAllah kita akan bagi,” kata Yusoff merangkap sebagai pengurus skuad senior kebangsaan.

Ketika ini, Malaysia menduduki tangga ke-2 Kumpulan G dengan kutipan 9 mata hasil daripada 3 kemenangan dan 2 kekalahan. Memimpin Kumpulan G adalah jiran serantau, Vietnam dengan kutipan 11 mata.

Justeru, FAM meletakkan sas@ran kepada Tan Cheng Hoe dan anak-anak buahnya untuk mengutip sekurang-kurangnya 4 mata daripada dua perlawanan bertemu UAE dan Vietnam yang akan berlangsung pada 26 dan 31 mac tahun depan.

“Empat mata akan meletakkan kita berada dalam kelompok empat pasukan terbaik di kedudukan kedua. Kalau kita berjaya melakukan sesuatu di Bangkok Jun depan, ia satu bonus. Ini sas@ran kita,” katanya lagi.