Syawal paling memilukan

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak mengakui sambutan Aidilfitri kali ini bakal menjadi syawal yang paling sayu buatnya apabila tidak dapat bersama ibu dan keluarga tersayang di Seremban.

Pemain kebangsaan itu berkata, ini kali pertama dia akan menyambut Aidilfitri di Johor Bahru kerana lebih memikirkan faktor kesihatan dan keselamatan keluarga akibat penularan pand3mik COV!D-19 masih lagi belum berakhir.

Persiapan raya kali ini memang sangat berbeza sebab buat pertama kalinya saya tidak beraya di kampung. Jadi mahu atau tidak, kami sekeluarga tetap di Johor Bahru sahaja untuk hari raya pada tahun ni.

Kebiasaannya memang saya akan balik kampung jumpa ibu dan ibu mertua saya, tetapi dengan keadaan sekarang ini, saya tidak mahu ambil risiko membah@yakan kesihatan ahli keluarga yang lain.

Saya pun ada anak-anak yang masih kecil dan dekat kampung pun ada ramai orang tua yang lebih berisiko tinggi terkena jangkitan. Jadi saya buat keputusan untuk beraya di sini sahaja walaupun sebenarnya rindu sangat nak balik jumpa ibu.

“Tidak mengapa, selepas wabak ini berakhir, kita boleh sambung beraya bila-bila masa sahaja untuk kembali bersama keluarga. Cuma sekarang ini biarlah kita berkorban terlebih dahulu kerana nyawa lebih utama,” katanya.

Memikirkan perjalanan Liga Malaysia (Liga M), harapan Aidil juga sama seperti pemain lain yang inginkan saingan kembali bersambung selain mengharapkan pand3mik COV!D-19 ini segera berakhir.

Malah, pemain berusia 33 tahun itu turut menyokong format baharu Liga M yang dirangka Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sekiranya kerajaan membenarkan saingan bola sepak tempatan disambung semula September ini.

Apa yang penting adalah perlawanan kompetitif yang amat diperlukan oleh semua pasukan ketika ini lebih-lebih lagi skuad Malaysia yang perlu bersedia untuk pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Untuk saya, kalau kita tengok daripada segi masa, memang inilah format yang paling sesuai untuk liga dan semua tahu kita sudah kesuntukan masa kerana hanya empat sahaja perlawanan sempat dijalankan pada awal musim.

MFL sudah membatalkan Piala FA, dan kita hanya ada Piala Malaysia yang perlu diteruskan selain skuad kebangsaan juga ada misi sendiri.

“Jadi memang ini sahaja pilihan yang kita ada untuk liga kembali bersambung dan ianya lebih baik daripada kita langsung tidak dapat bermain pada musim ini,” katanya.