Syahmi Membuat Keputusan

Syahmi Safari mengakui pernah mendapat tawaran daripada beberapa kelab luar negara termasuk di Eropah tetapi membuat keputusan untuk menolaknya dan kekal di Selangor.

Pemain berusia 22 tahun itu membuat keputusan tersebut selepas memikirkan beberapa faktor termasuklah jaminan beraksi dalam kesebelasan utama.

“Memang ada dua tiga kelab luar sejak dua tahun lalu bertanya dan paling baru tahun lalu iaitu kelab dari Sweden,” katanya kepada Arena Metro.

“Tapi bukan rezeki saya sebab kita tak tahu pemain dari Malaysia dipandang macam mana oleh mereka. Kalau kita terima dan kemudian mereka juga akan bawa pemain dari Afrika atau Eropah yang lain, jadi apa kedudukan kita dalam pasukan itu.

“Sebab kita pernah ada pemain dari Malaysia main di Eropah. Jadi pandangan mereka pada kita biasa-biasa saja berbanding jika ada pemain dari Eropah yang lain.”

Namun, Syahmi berharap Luqman Hakim dapat mengubah persepsi tersebut.

“Ramai orang fikir kami tak nak pergi sebab gaji kecil, tapi sebenarnya bukan. Mungkin ada beza sikit gaji yang ditawarkan, tetapi tak adalah sampai kecil sangat.

sumber: football

“Saya dan kawan-kawan lebih fikirkan pasal benchmark. Kalau Luqman dapat tunjukkan sesuatu, saya percaya lepas ini orang Eropah akan pandang kita tinggi macam pemain dari Jepun atau Korea Selatan.

“Terus terang siapa tak nak main di luar negara, saya memang nak jika ada peluang. Pengalaman dapat main di sana adalah impian saya dan juga mana-mana pemain.”